Ciri hostmasking pengguna
This KB article is available in the following languages: English | Arabic | German | Portuguese

=== Bilakah ciri ini akan berlaku? ===

DALnet telah selesai dan tamat melancarkan ciri hostmasking untuk pengguna. Semua pelayan telah ditetapkan ciri hostmasking dan mod +H akan diaktifkan secara otomatik kepada semua sambungan yang baru.

=== Bagaimana ciri ini berfungsi? ===

Apabila pengguna menyambung ke pelayan didayakan untuk hostmasking, mereka akan ditetapkan mod pengguna +H secara automatik yang akan menunjukkan nama hostmasking mereka.

Sebagai contoh, pengguna yang menyambung dengan hos 10-23-23-116.server.myisp.net akan kelihatan kepada pengguna lain sebagai bdc7-7c7a-9179-7486-6846.server.myisp.net. Pengguna yang menyambung dengan alamat IP 10.20.17.4 akan kelihatan kepada pengguna lain sebagai f0c6-d3de-b094-6eeb-5c7.20.10.ip.

Kami menggunakan hashing algorithm (algoritma pencincangan), jadi hos atau IP yang sama akan sentiasa bertopeng kepada hasil yang sama walaupun pengguna menyambung semula. Nama hos yang bertopeng tidak boleh diubah oleh pengguna dan pengguna tidak boleh meminta topeng hos tertentu.

Apabila +H dihidupkan, nama hos bertopeng akan ditunjukkan dalam /whois, dalam masuk/keluar saluran dan mana-mana tempat yang lain nama hos ditunjukkan dalam ircd atau perkhidmatan.

/who yang akan menunjukkan mana-mana hos yang sedang digunakan; jika pengguna ialah +H, ianya akan menunjukkan hos bertopeng, jika tidak ianya akan menunjukkan hos yang sebenar.

Pengguna mempunyai pilihan untuk menetapkan mod pengguna -H untuk menunjukkan nama hos atau IP sebenar mereka. Untuk menetapkan atau mengalih keluar mod pengguna H, pengguna tidak boleh berada dalam mana-mana saluran. Ini untuk memastikan senarai saluran sebelah pelanggan sentiasa diselaraskan. Terdapat 2 had perubahan mod H untuk pengguna dalam masa 5 minit sebagai langkah mengelakkan serangan banjir (flood).

Operator IRC akan dapat melihat nama hos dan IP sebenar, walaupun jika pengguna telah mendayakan hostmasking.

=== Bagaimana pula dengan halangan ban? ===

Sebarang ciri ircd atau perkhidmatan yang menyokong hostmasking (senarai akses, halangan, senarai terkecuali, senarai jemputan, topeng HOP/VOP/AOP/SOP, AKILL, dll.) akan menerima sama ada nama hos sebenar, nama hos bertopeng atau yang IP sebenar dan akan digunakan tidak kira sama ada pengguna ialah +H atau -H.

Sebagai contoh, seseorang boleh menghalang pengguna tersebut dengan *!*@10*.server.myisp.net atau *!*@10.23.* dan halangan itu masih berkesan walaupun pengguna itu bertopeng. Sistem kami akan menyemak topeng alamat terhadap nama hos sebenar, nama hos bertopeng dan IP sebenar.


=== Adakah terdapat sebarang kes khas? ===

Nama hos yang mengandungi hanya satu label dan TLD akan sentiasa disembunyikan sebagai alamat IP. Sebagai contoh, jika nama hos sebenar seseorang ialah "example.com", pengguna ini akan disembunyikan sebagai "HASH.#.#.ip" kerana penyamaran hos sebagai "HASH.com" akan menjadi terlalu permisif.

Jika nama hos yang dicincang melebihi 63 aksara, kami akan berundur untuk menutup alamat IP sebagai hos. Dalam keluaran akan datang, had nama hos akan ditingkatkan kepada 255 aksara.
KB #452
Category: Translated FAQs
Added by: Knz
Added on: 11/08/2022 09:22
Last updated by: eDdYk0nG
Last updated on: 25/10/2022 08:57
Attachments
File Size
*** None ***
User Account Login
Chat Now
:
:
Thanks for flying DALnet!
Tip of the day
New to DALnet? check out our Newbie Guide at http://docs.dal.net/docs/newbie.html