Spamfilter
This KB article is available in the following languages: English | Arabic | German | Indonesian | Swedish | Portuguese | Urdu


SpamFilter adalah tambahan baru kepada IRCd DALnet (Bahamut) yang telah ditambah baik untuk membantu kami menangani serangan spam & banjir (IRC flood) baru-baru ini.

Ciri terbaru ini adalah sangat fleksibel dan spam boleh dikenalpasti dalam mesej peribadi, pemberitahuan, kick mesej, quit mesej, topik channel, away mesej, mesej channel, dan mesej keluar dari channel.

Secara umum, sekiranya mesej spam tertentu berada dalam pangkalan data kami, ia boleh dikenali dan ditangani.

IRC Operators mempunyai akses untuk menambah spam ke pangkalan data serta mempunyai beberapa pilihan untuk menangani spam secara automatik.
Biasanya, spam boleh disekat supaya anda tidak akan menerima spam sama sekali atau pengguna itu boleh diharamkan dari rangkaian network.

SpamFilter akan ditetapkan kepada ON untuk pengguna (semua pengguna dan semua saluran). Anda juga boleh menukar tetapan kepada sebaliknya jika tidak mahu menggunakannya.
Jika anda tidak mahu perlindungan SpamFilter pada nick anda, cuma taip /mode yournick +P
Jika anda tidak mahu perlindungan SpamFilter pada channel anda, taip /mode #channel +P
Ini bermakna sebarang mesej kepada anda atau channel anda tidak akan ditapis oleh pangkalan data.

Untuk makluman anda, tiada pengguna akan melihat mesej anda atau dapat membacanya (kecuali ditandakan sebagai spam).
Keseluruhan sistem ini adalah automatik, dan IRC Operators yang berpengalaman (kebanyakannya adalah CSops) akan menjadi satu-satunya pengguna yang boleh menambah spam ke pangkalan data.

Sekiranya anda mendapat sebarang spam, sila laporkan kepada #OperHelp untuk mengemaskini pangkalan data SpamFilter.

Jika anda mempunyai sebarang soalan lain mengenai SpamFilter, sila hubungi #OperHelp dan kami dengan senang hati akan membantu anda.
KB #418
Category: Translated FAQs
Added by: Knz
Added on: 18/09/2018 15:45
Last updated by: Fredfred
Last updated on: 11/10/2018 15:29
Attachments
File Size
*** None ***
User Account Login
Chat Now
:
:
Thanks for flying DALnet!
Tip of the day
Want to know more about DALnet's history? check out http://docs.dal.net/docs/history.html