ChanServ XFLAG untuk saluran
This KB article is available in the following languages: English
| Arabic
| German
| Swedish
Q: Apakah itu ChanServ XFLAG?
A: Ini adalah arahan ChanServ baru yang boleh membantu saluran mengurangkan bahaya serangan banjir.
Q: Bagaimana untuk menggunakan arahan ini?
A: /ChanServ XFLAG #channel option:ON atau option:OFF atau option:VALUE. Lihat /ChanServ HELP XFLAG untuk maklumat lanjut.
Q: Siapakah yang boleh menggunakan arahan ini?
A: Hanya pengasas saluran dan pengurus sahaja boleh menggunakan arahan ini untuk menetapkan lanjutan flags pada saluran, bagaimanapun, lanjutan flags ini akan memberi kesan kepada semua pengguna saluran.
Q: Apakah xflags yang boleh didapati?
A: Berikut adalah senarai xflags yang tersedia ada:
JOIN_CONNECT_TIME - bilangan saat pengguna mesti berada dalam talian untuk dapat menyertai
TALK_CONNECT_TIME - bilangan saat pengguna mesti berada dalam talian untuk dapat bercakap di saluran tersebut
TALK_JOIN_TIME - bilangan saat pengguna mesti berada di saluran untuk dapat bercakap di saluran itu
NO_NOTICE - notis tidak boleh dihantar ke saluran (on/off)
NO_CTCP - ctcps tidak boleh dihantar ke saluran (on/off)
NO_PART_MSG - tiada /part mesej (on/off)
NO_QUIT_MSG - tiada /quit mesej (on/off)
NO_NICK_CHANGE - tiada penukaran nama samaran yang dibenarkan di saluran ini (on/off)
NO_UTF8 - mesej dengan aksara pelik (Hebrew/Arabic/UTF8) akan disekat (on/off)
NO_VPNS - tiada sambungan dari perkhidmatan VPN awam akan dibenarkan (on/off)
NO_SHELLS - tiada sambungan dari pembekal shell akan dibenarkan (on/off)
HIDE_MODE_LISTS - sembunyikan senarai /mode #channel +b/+I/+e dari bukan ops (on/off)
EXEMPT_OPPED - pengguna opped dikecualikan (on/off)
EXEMPT_VOICED - pengguna voiced dikecualikan (on/off)
EXEMPT_IDENTD - pengguna dengan identd dikecualikan (on/off)
EXEMPT_REGISTERED - pengguna dengan umode +r dikecualikan (on/off)
EXEMPT_INVITES - pengguna dengan +I'ed dikecualikan (on/off)
EXEMPT_WEBIRC - pengguna webirc dikecualikan (on/off)
USER_VERBOSE - hantar mesej yang gagal kepada #channel-relay (on/off)
AUTOMSG - makluman untuk pengguna yang menyertai bahawa saluran itu dilindungi (on/off)
Q: Adakah terdapat lebih banyak xflags di masa hadapan?
A: Ya, xflag yang berikut akan dimasukkan ke dalam versi Bahamut 2.1.5:
MAX_MSG_TIME - Batasi jumlah maksimum mesej yang boleh dihantar dalam X saat.
EXEMPT_WEBIRC - pengguna web pengecualian (on/off).
Q: Sangat merumitkan, bolehkah saya mempunyai satu arahan untuk menghentikan serangan bot yang banjir?
A: Ya, anda boleh menggunakan /ChanServ XFLAG #channel RECOMMENDED jika saluran anda sedang dibanjiri dan anda juga boleh menggunakan /ChanServ XFLAG #channel DEFAULT untuk menetapkan semula xflags kembali kepada tetapan asal.
Q: Saya cuba untuk mengaktifkan TALK_JOIN_TIME untuk saluran saya akan tetapi pengguna lain masih boleh bercakap, kenapa?
A: Ciri ini bergantung pada IRCd (perisian pelayan IRC) yang kami gunakan, ia telah ditambahkan pada Bahamut 2.1.0 dan tidak semua pelayan kami dinaik taraf tetapi mereka akan ditingkatkan tidak lama lagi. Pilihan lain mungkin adalah pengguna yang telah dikecualikan dengan menggunakan EXEMPT xflag.
Q: Bagaimana pula dengan "GREETMSG" xflag?
A: Xflag ini boleh menunjukkan mesej saluran kepada setiap pengguna yang menyertai saluran tersebut. Untuk mengelakkan penyamaran staf DALnet, kami telah membuat keputusan untuk tidak mengaktifkan ciri ini pada masa ini, namun, kami mungkin akan mengaktifkan pada masa hadapan.
Q: Bagaimana untuk membolehkan "This channel is protected, you may need to wait 30 seconds before being able to talk!" mesej dari DALnet?
A: /ChanServ XFLAG #channel AUTOMSG:ON
Q: Adakah blocking CTCP juga menghalang CTCP ACTION (aka a /me command)?
A: Ya, NO_CTCP juga menyekat tindakan (/me sesuatu). Kami boleh menambah NO_ACTION xflag pada masa hadapan. |
KB #425 |
Category: |
Translated FAQs |
Added by: |
Knz |
Added on: |
08/10/2018 13:18 |
Last updated by: |
Knz |
Last updated on: |
15/01/2019 09:14 |
Attachments |
|
|
Thanks for flying DALnet!
Tip of the day
If you have more than one nickname, you can use the /MemoServ FORWARD command to forward memos to your primary nickname
|
|
|