VPN awam
This KB article is available in the following languages: English
| Arabic
| French
| German
| Swedish
Disebabkan oleh penyalahgunaan, DALnet telah memutuskan untuk menyekat akses kepada pengguna pada perkhidmatan VPN awam.
Secara am, pengguna ini akan terbatas (squelched) sehingga mereka mengenali kepada NickServ.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan terbatas?
A: Terbatas bermaksud mereka tidak akan dapat menghantar mesej kepada sesiapa selain dari perkhidmatan.
Q: Bagaimana jika saya masih mahu menggunakan VPN awam?
A: Anda mesti mempunyai nama samaran berdaftar agar dapat menggunakan DALnet dengan VPN awam.
Q: Mungkinkah pesalah akan tetap mendaftar nama samaran mereka?
A: Mungkin, pengguna yang mendaftarkan nama samaran untuk penyalahgunaan akan mendapati nama samaran mereka akan dibekukan dengan kadar segera. Disamping itu, kami mungkin akan mengharamkan pengguna VPN sepenuhnya dari DALnet jika ini berlaku secara kerap.
Q: Saya seorang pengasas saluran/pengurus dan saya tidak mahu pengguna VPN di saluran saya sama sekali, bagaimana saya boleh membuat demikian?
A: /ChanServ XFLAG #channel NO_VPNS:ON
Q: Saya cuba /msg NickServ@services.dal.net tetapi saya mendapat "-server.dal.net- You are currently squelched. Message not sent."
A: Gunakan /NickServ dan bukan /msg NickServ@services.dal.net.
Jika IRC klien anda tidak menyokong /NickServ, anda juga boleh cuba menggunakan /quote NickServ sebagai ganti.
Q: Bolehkah saya menggunakan alamat e-mel yang lupus untuk mendaftar?
A: Tidak.
Q: Apa yang berlaku jika saya mengenal pasti kepada NickServ dan kemudian menukar nama samaran saya?
A: Tiada apa-apa, anda dibenarkan menukar nama samaran anda selepas mengenal pasti dan anda tidak terbatas lagi. Dengan itu, Operator IRC akan dapat melihat nama samaran berdaftar yang digunakan untuk membebaskan batasan tersebut. |
KB #440 |
Category: |
Translated FAQs |
Added by: |
Knz |
Added on: |
15/01/2019 11:05 |
Last updated by: |
Fredfred |
Last updated on: |
20/02/2019 20:48 |
Attachments |
|
|
Thanks for flying DALnet!
Tip of the day
Do not share your password with anyone. DALnet staff will not ask for your password
|
|
|