Sistem penamatan nama samaran yang baru.
This KB article is available in the following languages: English
| Arabic
| French
| German
| Russian
| Spanish
| Swedish
| Portuguese
| Urdu
| Hindi
Sistem penamatan nama samaran kami telah bertukar. Bermula hari ini, nama samaran tidak akan lagi tamat tempoh selepas 365 hari. Sebaliknya, nama samaran akan ditandakan sebagai "Tidak Aktif".
Apabila nama samaran ditandakan sebagai "Tidak Aktif", mana-mana pengguna yang telah mendaftar untuk lebih dari satu tahun boleh memohon melalui portal users.dal.net (Pengguna -> Meminta nama samaran).
Apabila nama samaran diminta, pemilik semasa akan dimaklumkan mengenainya melalui e-mel dan mereka boleh datang dalam talian untuk menuntut ianya kembali (dengan mengenal pasti kepada NickServ).
Jika nama samaran tidak dituntut oleh pemilik asal, perkhidmatan akan memberi peluang kepada salah satu daripada pengguna yang memintanya untuk mendaftarkan nama samaran tersebut.
Jika lebih daripada satu pengguna meminta nama samaran tersebut, perkhidmatan akan memberikan secara rawak kepada pengguna mana yang berhak menerimanya.
S: Berapa banyak nama samaran yang boleh saya minta?
J: Tiada had teknikal kepada berapa banyak nama samaran yang boleh diminta, bagaimanapun ingat bahawa terdapat pengguna lain juga mungkin mahu nama samaran tersebut dan anda tidak patut meminta lebih dari nama samaran yang munasabah anda boleh gunakan.
S: Bagaimana jika saya mendapat e-mel dari perkhidmatan tetapi laman web mengatakan bahawa permintaan saya telah tamat tempoh ("Permintaan anda telah tamat tempoh!")?
J: Jika perkhidmatan memilih anda dan memberi peluang untuk mendaftarkan nama samaran tersebut, anda perlu melakukan didalam tempoh dua hari, perkhidmatan akan memberi peluang kepada pengguna lain untuk mendaftar selepas dua hari.
S: Adakah perlu nama samaran saya didaftarkan untuk satu tahun?
J: Ya, ini adalah satu keperluan.
S: Mengapa kamu membantu pengumpul/pemburu nama samaran?
J: Matlamat kami adalah sentiasa untuk membantu pengguna sebenar. Sistem baru ini akan memberi peluang kepada pengguna sebenar untuk "melawan" nama samaran daripada pemburu. Sebelum ini, pemburu hanya boleh menggunakan botnet untuk mengejar nama samaran dan pengguna sebenar tidak mempunyai peluang untuk mendaftar.
S: Bagaimana pula dengan nama samaran beku?
J: Proses yang sama akan digunakan untuk nama samaran yang dibekukan akan tetapi nama samaran beku hanya akan menjadi tidak aktif selepas 365 hari (dari 30 hari) dan pemilik asal tidak akan mendapat sebarang email mengenainya.
S: Bagaimana pula dengan nama samaran yang tidak boleh digunakan atau didaftarkan?
J: Pada masa ini, proses baru ini tidak memberi kesan kepada nama samaran tersebut, tetapi kita mungkin membolehkan pengguna meminta nama samaran ini di masa hadapan.
S: Saya mahu mendapatkan nama samaran yang tidak digunakan untuk lebih daripada 30 hari tetapi /NickServ INFO tidak menunjukkan ia sebagai tidak aktif. Kenapa?
J: Sama ada nama samaran itu beku (nama samaran beku hanya akan menjadi tidak aktif selepas 90 hari) atau nama samaran dikecualikan. Beberapa nama samaran mempunyai tetapan yang menghalang mereka dari tamat pada masa lalu, nama samaran ini dikecualikan daripada sistem dan tidak akan menjadi tidak aktif.
S: Bolehkah saya menggunakan skrip untuk meminta nama samaran?
J: Tidak, sistem ini adalah untuk pengguna sebenar dan bukan untuk digunakan oleh skrip/bot.
S: Bolehkah seorang Operator IRC membantu saya untuk mendapatkan nama samaran yang dipinta?
J: Tidak, proses ini adalah automatik dan Operator IRC tidak boleh campur tangan di dalam situasi ini.
S: Bolehkah seorang Operator IRC memberitahu saya berapa ramai pengguna lain yang meminta nama samaran tersebut?
J: Tidak, proses ini adalah automatik dan maklumat ini tidak boleh dilihat.
S: Saya sedang bercuti selama dua bulan dan terlepas e-mel yang menyatakan seseorang meminta nama samaran saya. Bolehkah saya mendapatkan nama samaran saya kembali?
J: Tidak, pemilik nama samaran yang tidak aktif mempunyai 7 hari untuk menuntut semula jika nama samaran tersebut diminta. Jika mereka tidak melakukannya, perkhidmatan memberikan nama samaran kepada salah satu kepada pengguna yang memintanya (nama samaran akan tamat tempoh didalam proses tersebut).
S: Saya meminta nama samaran dan selepas seminggu saya mendapat e-mel mengatakan bahawa nama samaran tersebut boleh didapati akan tetapi pemilik asal terlebih dahulu mengenal pasti, sebelum saya dapat melengkapkan pendaftaran. Mengapa?
J: Pemilik asal secara rasmi mempunyai 7 hari untuk menuntut semula nama samaran mereka tetapi dari segi teknikal (oleh reka bentuk), mereka boleh datang kembali dalam talian walaupun selepas 7 hari dan menebus semula nama samaran mereka selagi tiada pengguna yang (memintanya dan mendapat nama samaran tersebut daripada perkhidmatan) melengkapkan pendaftaran.
S: Apa yang berlaku kepada saluran sekiranya nama samaran pengasas menjadi tidak aktif?
J: Tiada apa-apa. Apabila nama samaran menjadi "Tidak Aktif", ia masih lagi memegang semua akses (termasuk pengasas saluran). Akses hanya dikeluarkan jika pengguna lain melengkapkan proses permintaan dan mendapat nama samaran tersebut. Saluran tanpa pengganti akan tamat jika proses nama samaran yang diminta berjaya. Saluran yang mempunyai pengganti akan memulakan "proses pengganti" (saluran tidak akan mempunyai pengasas sehingga pengganti mendapatkannya atau saluran akan tamat tempoh). |
KB #280 |
Category: |
Translated FAQs |
Added by: |
eDdYk0nG |
Added on: |
14/02/2016 07:07 |
Last updated by: |
Knz |
Last updated on: |
01/03/2019 02:30 |
Attachments |
|
|
Thanks for flying DALnet!
Tip of the day
If you have more than one nickname, you can use the /MemoServ FORWARD command to forward memos to your primary nickname
|
|
|